Thursday, December 14, 2023

Sekolah Untuk Aisyah

Bismillah

Hari ini genap seminggu di Shanghai. Setiap hari masih dalam fasa explorasi kawasan sekitar Le Ville Residence ini.  Bersebelahan Le Ville ini ada sebuah kedai bernama City Shop. Harga barang kat sini memang mahal berbanding kedai yg besar sikit iaitu Times Grocery.

Saya dan Aisyah meneruskan rutin yang lebih kurang Sama dalam seminggu ini. Semalam pergi ke Times Grocery untuk beli snek Aisyah. Dalam perjalanan terjumpa satu kedai halal di Jalan Hongfeng Pudong, Shanghai.


Petang semalam Rizal balik kerja terus menuju ke kedai ini dan beli semangkuk mee daging dengan harga RMB 21.00. 


Hari ini bercadang nak melawat sekolah Dulwich, Pudong Shanghai dan nak tengok kawasan rumah yang berdekatan dengan sekolah. 


Akan sambung lagi berkenaan sekolah Aisyah di Pudong. Shanghai 

Wednesday, December 13, 2023

Mulakan hidup di Shanghai

 Bissmillahirrahmanirrahim, selamat pagi Aisyah. Assalamualaikum semua pembaca. 





Tinggal 8 Disember 2023, kami bertiga memulakan penghijrahan ke Shanghai China. Seawal lima pagi, menaiki teksi En. Zainal yang berwarna biru menuju ke KLIA. Semua proses immigration dan kastam berjalan lancar. 


Kami bermusafir dengan kak Linda, isteri En Anuar yang telah bekerja di Shanghai selama sebulan. 


Sampai masa untuk menaiki pesawat. Kami pun membawa bagasi naik dan mengambil tempat duduk yang ditetapkan. Baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi pesawat, kapten membuat pengumuman supaya keluar dari pesawat.... Oh rupanya ada sedikit teknikal isu. Kami semua keluar dan menunggu lebih kurang 20 Minit. 


Alhamdulillah, dapat masuk semula ke dalam pesawat. Maka bermula penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Shanghai Pudong yang mengambil masa 5 jam. 


Dalam pesawat Aisyah tak banyak kerenah, dia tidur dan makan makanan yang dia suka jer. 


Sesampai di lapangan terbang Pudong Shanghai, nama Rizal Simandjoentak ABS dah menunggu. Disambut dengan sapaan macam ayam dan itek bercakap. Hahaha.... Baik ada teknologi. Soalan ditanya untuk memastikan nama hotel yang akan dihantar adalah betul. 

Sampai di tempat letak kereta, kami disambut oleh pemandangan kereta-kereta mewah yang menggunakan kuasa bateri. Dalam hati berkata, memang sah Shanghai adalah bandar kedua termahal di dunia. 

Sampai kami di Le Ville Residence yang terletak di Hongfeng Road. Proses membayar transport dan parking adalah RMB406.10 Tuan lebih kurang rm250. Sah memang harganya begitu. 

Alhamdulillah hotel sementara ini selesa dengan dua bilik dan dua bilik air. Persekitarannya version dan sunyi jugak, tiada kedengaran bunyi kereta lalu lalang.