Thursday, March 21, 2024

MUSIM BUNGA BERMULA DI SHANGHAI




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Alhamdulillah telah masuk musim bunga di Shanghai. Bunga pokok-pokok tepi jalan mula menampakkan diri. Sangat memukau mata yang melihat bunga berbagai warna. 


Gambar ini diambil di persimpangan jalan dari rumah di Green Residence ke kedai runcit. Setahu saya nama bunga ini ialah magnolia. Ada yang berwarna merah jambu dan ada yang berwarna putih. Terdapat dua batang pokok berdekatan China Post. 


Perjalanan ke kedai diteruskan untuk membeli bawang besar kerana bercadang memasak nasi lemak untuk berbuka puasa pada 10 Ramadan 1445H.  Setibanya di kedai runcit itu saya bertentang mata dengan seekor anjing hitam yang besar dipegang tali leher rapat berdekatan tuannya. Keadaan kedai runcit yang sempit membuatkan saya berhati-hati mengelak daripada bertembung dengan anjing tersebut. Terus mencapai tiga biji bawang yang besar, empat biji buah limau mandrin dan sebiji lada merah yang besar. Menuju kaunter bayaran dan terus berjalan kaki balik ke rumah. 

Gambar bunga zaleha yang berwarna warni di atas itu juga diambil di tepi jalan menghala balik ke rumah. 


Pokok bunga untuk dijual.


Cuaca musim bunga disini sekitar 15 darjah celcius masih sejuk untuk saya. Cepat-cepat berjalan balik yang mengambil masa slebih kurang 10minit.  Sampai di rumah terus masuk dapur dan masak nasi lemak. Daun nasi lemak beli di aplikasi Taobao, dapatlah kami berbuka dengan nasi lemak dengan bau harum daun pandan. 

Monday, January 15, 2024

Sudah Sebulan Hidup di Shanghai

 Alhamdulillah, hari ini 16 Januari 2024, lebih kurang sebulan lebih telah menetap di Shanghai. 

Aisyah masih belum ke sekolah, RP iaitu Resident Permit telah lulus. Rizal pun dah dapat rutin pergi dan balik kerja setiap hari. Kami adalah expat di China dan semua expat tidak boleh memandu kenderaan bermotor di jalan raya. Memang hakikat yang perlu diterima dengan positif supaya hari-hari seterusnya lebih mudah dilalui. 


Di sini syarikat yang menguruskan tempat tinggal kami masih dalam proses untuk menempatkan kami di kawasan perumahan Green Court, kami memilih tingkat 3 dan blok berdekatan pintu masuk yang ada pengawal keselamatan. Daerah Green City Pudong ini terdapat penempatan Green Villas dan Green Court. InshaAllah pada 24 Januri 2024 akan berpindah dari Le Ville Residence ke Green Court. 


Sementara Aisyah masih homeschool, kami memenuhi masa dengan aktiviti luar rumah. 

Semalam kami menaiki train Metro, dari stesen Yunshun ke stesen Tai'erzhuang, tukar dari line 14 ke line 9. Jumpa park yang cantik, cuaca memang sejuk tambahan kalau ada angin. 

Taman ini pengunjungnya terdiri dari warga China yang sudah berumur, ada yang membawa cucu bermain dan ada yang beriadah dengan muzik yang mengasyikkan. 


Selesai beriadah di taman tersebut kami terus ke kedai di tepi jalan menuju ke stesen Metro, kami membeli buah anggur, pisang, sedikit sayur dan roti. Perjalanan balik diteruskan, tiket keretapi metro perlu dibeli dikaunter layan diri, tiket untuk Aisyah berharga 3Yuan untuk sehala. Kerana sejuknya, hujung jari jadi kebas dan dua kali duit syiling 1yuan terjatuh sebelum selamat masuk ke kaunter layan diri tersebut. Akhirnya dapatlah menaiki keretapi dan terus jalan kaki lagi untuk sampai ke Le Ville Reidence.   
 


Thursday, December 14, 2023

Sekolah Untuk Aisyah

Bismillah

Hari ini genap seminggu di Shanghai. Setiap hari masih dalam fasa explorasi kawasan sekitar Le Ville Residence ini.  Bersebelahan Le Ville ini ada sebuah kedai bernama City Shop. Harga barang kat sini memang mahal berbanding kedai yg besar sikit iaitu Times Grocery.

Saya dan Aisyah meneruskan rutin yang lebih kurang Sama dalam seminggu ini. Semalam pergi ke Times Grocery untuk beli snek Aisyah. Dalam perjalanan terjumpa satu kedai halal di Jalan Hongfeng Pudong, Shanghai.


Petang semalam Rizal balik kerja terus menuju ke kedai ini dan beli semangkuk mee daging dengan harga RMB 21.00. 


Hari ini bercadang nak melawat sekolah Dulwich, Pudong Shanghai dan nak tengok kawasan rumah yang berdekatan dengan sekolah. 


Akan sambung lagi berkenaan sekolah Aisyah di Pudong. Shanghai 

Wednesday, December 13, 2023

Mulakan hidup di Shanghai

 Bissmillahirrahmanirrahim, selamat pagi Aisyah. Assalamualaikum semua pembaca. 





Tinggal 8 Disember 2023, kami bertiga memulakan penghijrahan ke Shanghai China. Seawal lima pagi, menaiki teksi En. Zainal yang berwarna biru menuju ke KLIA. Semua proses immigration dan kastam berjalan lancar. 


Kami bermusafir dengan kak Linda, isteri En Anuar yang telah bekerja di Shanghai selama sebulan. 


Sampai masa untuk menaiki pesawat. Kami pun membawa bagasi naik dan mengambil tempat duduk yang ditetapkan. Baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi pesawat, kapten membuat pengumuman supaya keluar dari pesawat.... Oh rupanya ada sedikit teknikal isu. Kami semua keluar dan menunggu lebih kurang 20 Minit. 


Alhamdulillah, dapat masuk semula ke dalam pesawat. Maka bermula penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Shanghai Pudong yang mengambil masa 5 jam. 


Dalam pesawat Aisyah tak banyak kerenah, dia tidur dan makan makanan yang dia suka jer. 


Sesampai di lapangan terbang Pudong Shanghai, nama Rizal Simandjoentak ABS dah menunggu. Disambut dengan sapaan macam ayam dan itek bercakap. Hahaha.... Baik ada teknologi. Soalan ditanya untuk memastikan nama hotel yang akan dihantar adalah betul. 

Sampai di tempat letak kereta, kami disambut oleh pemandangan kereta-kereta mewah yang menggunakan kuasa bateri. Dalam hati berkata, memang sah Shanghai adalah bandar kedua termahal di dunia. 

Sampai kami di Le Ville Residence yang terletak di Hongfeng Road. Proses membayar transport dan parking adalah RMB406.10 Tuan lebih kurang rm250. Sah memang harganya begitu. 

Alhamdulillah hotel sementara ini selesa dengan dua bilik dan dua bilik air. Persekitarannya version dan sunyi jugak, tiada kedengaran bunyi kereta lalu lalang. 



Saturday, September 16, 2017

Ringkasan tafsir Surah Al-Insyiraah

Assalamualaikum dan salam hari Ahad.

Hari ini sudah hari ke 13 daddy pergi ke Sakhalin Russia. Dijangka balik ke Ulsan pada hari Selasa 19 Julai waktu malam.


Perjalanan daddy untuk sampai ke offshore rig mengambil masa 3 hari menaiki boat. Semoga perjalanan pulang daddy Allah mudahkan.

Pada hari Jumaat selepas zumba mummy terus ke rumah aunty Aishah di F2. Little Aisyah n mummy makan tengahri dan bersiap untuk ke majlis ilmu di kids room Clubhouse.

Kupasan tafsir surah Al Insyiraah disampaikan oleh unty Naaiemah. Ringkasannya adalah berkaitan...
1. Apabila Allah uji kite dengan kesedihan ingatlah segala nikmat yang ada.
2. Ujian adalah untuk meningkatkan darjat di sisi Allah.
3. Yakinlah dengan Allah kerana selepas setiap kesusahan pasti ada kesenangan.
4. Apabila mendapat kesenangan hendaklah kita bersungguh sungguh membuat tugasan/ amalan soleh yang lain.
5. Dakwah adalah tanggungjawab yang berat. Kerana menghubungkan sesuatu yang kekal iaitu Allah dengan yang tidak kekal iaitu makhluk ciptaan Allah.

Sekian dulu.

Wednesday, March 1, 2017

Berjalan-jalan di Busan

Assalamualaikum... hari ni nak cerita kisah semalam pergi ke Nampodong  Busan, bertujuan untuk mencari topi Arif sempana reading week di sekolah minggu ini.

Alhamdulillah dapat juga 2 topi, satu warna hitam dan satu lagi warna coklat.

Dua topi yang digayakan oleh daddy dan Arif


Semalam 1 Mac adalah hari merdeka Korea selatan dari jajahan Jepun. Maka semalam kami pun mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan. Keluar rumah pukul 9.45am dan singgah E-Mart nak tengok kalau ada topi, setelah itu terus ke Busan. 

Daddy ada rezeki beli 3 pasang suspender dan Aisyah juga dapt 3 pasang stokin. Arif dan Aimin dapat topi dan Mummy dapat belikan Alia seluar yang selesa. Selepas penat berjalan maka kami menikmati makanan halal di Little India. 


Hiasan di bawah kaca meja makan di Little India, Busan


Selepas makan daddy belikan waffle untuk anak-anak, suka mereka dapat dessert lepas lunch. 











Kami berjalan di laluan Busan International Flim Festival.... Stokin ada bermacam-macam corak dan berharga sekitar 500w hingga 2000w.

Hari ni mendengar tentang Adab Berilmu di TV9... antara rumusan yang boleh di kongsi adalah...

1. Kita perlu belajar ILMU bukan belajar satu kitab atau buku, kerana ilmu yang perlu dipelajari secara berterusan. Kitab atau buku adalah medium penyampaian ilmu. 

2. Kita mesti berusaha melakukan amal soleh secara ISTIQAMAH bukan untuk mencapai KAROMAH. 

Sekian dulu, in shaa Allah jumpa lagi nanti.

Sunday, February 26, 2017

Lihat Saja Dapat Pahala

Assalamualaikum...

Alhamdulillah my love dah balik dari sea trial. Pergi hari Rabu 22 Feb 2017 hingga 26 Feb 2017. Tahniah sebab selesai satu tugasan pertama, nanti akan ada fasa Gas trial lebih lama lagi my love akan berlayar.

Di sini akan saya kongsikan 4 perkara yang apabila kita lihat saja dapat pahala,

1. Kaabah
2. Muka ibu bapa
3. Muka pasangan hidup kita
4. Al- Quran

Kasih sayang Allah kepada hamba-hamba nya amat luas, bayangkan tengok empat perkara tersebut pun dapat pahala. Dengan syarat pandang lah dengan kasih sayang.

Aisyah yang masih belajar berdiri dan berjalan

Aydan dan Ammar kawan yang masih merangkak.

Aktiviti sepanjang sea trial, 

Rabu 22/2 : Di rumah Naiemah untuk sesi hadith
Khamis 23/2 : Rumah Ana aktiviti membuat mee kuning  untuk mee bandung. 
Jumaat 24/2 : Pergi makan Gimbab dan Ayam goreng di Bangeojin
Sabtu 25/2 : Rumah kak Faazila, Baking day. 

Segala puji bagi Allah... sempat membuat majlis ilmu di rumah kak Faazila. Share hadith berkaitan 3 perkara yang disampaikan oleh Rasullallah SAW. 

1. Solat di awal waktu
2, Berbuat baik kepada ibu bapa
3. Jihad ke jalan Allah. 

Sekian untuk kali ini...