MUSIM BUNGA BERMULA DI SHANGHAI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah telah masuk musim bunga di Shanghai. Bunga pokok-pokok tepi jalan mula menampakkan diri. Sangat memukau mata yang melihat bunga berbagai warna.
Gambar ini diambil di persimpangan jalan dari rumah di Green Residence ke kedai runcit. Setahu saya nama bunga ini ialah magnolia. Ada yang berwarna merah jambu dan ada yang berwarna putih. Terdapat dua batang pokok berdekatan China Post.
Perjalanan ke kedai diteruskan untuk membeli bawang besar kerana bercadang memasak nasi lemak untuk berbuka puasa pada 10 Ramadan 1445H. Setibanya di kedai runcit itu saya bertentang mata dengan seekor anjing hitam yang besar dipegang tali leher rapat berdekatan tuannya. Keadaan kedai runcit yang sempit membuatkan saya berhati-hati mengelak daripada bertembung dengan anjing tersebut. Terus mencapai tiga biji bawang yang besar, empat biji buah limau mandrin dan sebiji lada merah yang besar. Menuju kaunter bayaran dan terus berjalan kaki balik ke rumah.
Gambar bunga zaleha yang berwarna warni di atas itu juga diambil di tepi jalan menghala balik ke rumah.
No comments:
Post a Comment