Wednesday, April 29, 2015

Berjalan jalan ke Seoul

SEOUL day 1
Menaiki transport berupa van dari umah ke KTX Ulsan. Pada masa keluar rumah adalah 4am.... wow.... memang 4pagi hari Selasa 23 April 2015. Bayar 40 ribu won kat driver van dan sampailah kat KTX station Ulsan.

Naik KTX lebih kurang 2jam dan sampailah ke Seoul Station. Destinasi pertama ialah Nami Island. Kena naik ITX sampai ke station Gapyeong. Dari Seoul Station ke Gapyeong lebih kurang 45min.
Sampai station ni ambil teksi ke jeti Nami.


Naik feri ke Nami

 Daddy dengan anak2


Sampai kat Nami dan ambiL gambar dengan pinochio

Habiskan masa sampai solat zohor dan sempat makan pau kacang kat Nami. Rombongan kali ini disertai oleh keluarga Rizal Simandjoentak seramai 5 orang, Syuhaida Ismail selaku tour guide, Mak Lang kepada Syu, Farah, Ina dan Imran (Sepupu Syu).

Mr. Rizal yang ambil gambar.

Begitulah kisah hari pertama di Seoul... berjumpa lagi untuk hari ke2 dan hari ke3... nanti....



Monday, March 16, 2015

Tempat Shopping di Ulsan

Hari ini 26 Jan 2015 bersamaan hari Isnin. Anak3 pergi sekolah pukul 8.30 am dan balik pukul 3.30pm. Hari ini ikut Syuhaida pergi ke Dewangam Park, bersebelahan dengan pantai Ilsan. Selepas itu pergi lunch invitation di rumah kawan baru di Santevill. Kawan tu berasal dari Indonesia Yuni namanya. Seronok makan sambil berborak-borak.

Yuni dan Ana masak nasi, soto ayam, pulut ayam, sambal hijau, dan ayam bakar. Alhamdulillah memang sedap makan sambil borak2 dgn Sylwia, Karen, Asami dan teacher Seahe.

Ok jom cerita tentang tempat shopping.....

Tempat shopping barang dapur dan keperluan harian di Ulsan
1. Home Plus - ala2 tesco
2. E Mart - Pilihan baju banyak jugak dengan mainan untuk budak-budak
3. Costco
4. Lotte mart
5. Foreign Mart- Untuk beli makanan halal
6. Pasar ulsan

Paling dekat dengan rumah di Hyundai Foreigner Compound ialah Hyundai department  store. Tapi kat situ barang mahal, jadi kami selalu pergi ke Home plus... sama ada yg dekat atau yang di downtown.

Selain homeplus kami juga pergi ke foreigner mart utk beli ayam dan daging halal. Kami akan ke costco untuk beli stok susu uht anak2.

Kesimpulannya... kami hanya akan keluar utk beli barang keperluan harian hujung minggu. Dan selalunye masa ini lah anak2 akan makan shrimp burger kat Mom's
Touch.

Baru2 ni dapat tahu yang semua pastries kat Paris Baguette semuanya tidak halal.... kalo gini nampaknye memang kena buat roti sendiri.

Makan-makan di Rumah teacher Seaha

Assalamualaikum...
Hari ni Alia tak sekolah sebab semua kawan2 dia masih di Ski Trip.

Lepas hantar Aimin and Arif ke sekolah terus bawa Alia pergi ke Gym.... today is my third day exercising in the gym. Alhamdulillah dah makin selesa dengan treadmill kat gym itu.

Pukul 11.30 pergi ke rumah teacher Seahe... dia tengah masak glass noodle... sedap jugak. Selain itu dia masak nasi yang dicampur dengan bijirin dan kacang hitam, mmg berkhasiat dan sedap.  Dia masak  daging jugak (tapi tak mkn pon sebab tak halal).

Jom cuba buat masakan korea namanye Japchae

Bahan2 yang diperlukan:
1 paket Glass noodle
Seseme oil/minyak bijan
4 sudu besarKicap cair
3 Fish cake
Satu paket kecil Cendawan
Setengah batangLobak merah
1 biji Bawang besar
4 biji Bawang putih
Bijan (roasted)

Cara2 membuatnye:
Paling senang sediakan dulu bahan yg perlu dicincang. Bawang besar, bawang putih, fish cake and carrot. Kalo suka bole letak daging atau isi ayam.
Rebus glass noodle, toskan.
Tumiskan bawang2 dengan sedikit minyak masukkan kicap cair, lobak dan fishcake, masukkan glass noodle yg dah direbus dengan sedikit minyak bijan, last sekali masukkan cendawan. Gaul sebati atas dapur rasa masinnye. Tambah garam dan tabur kan biji bijan. Dah siap... simple jer kan.

Selamat mencuba.

Thursday, March 5, 2015

Bermusafir ke Fukuoka dan Nagasaki Jepun

Lama betul tak update blogku ini.
Bermula kisah dengan berhijrah ke Ulsan Korea, bertemu dengan Syuhaida dan keluarga. Suatu hari masa tu Mama Syu and Makngah Syu melawat Korea dan tiba-tiba Syu kata "Haniza saya teringin ke Fukuoka" kita pergi nak. Terus cari tiket dan tanya husband masing2 dan terus beli tiket ke Fukuoka selama 5 hari 4 malam.

Ini kali pertama anak2 akan bermalam dengan daddy dan mummy menanfaatkan masa mengembara di bumi Jepun. Maka tarikh yang ditunggu2 telah pun tiba. 27 Feb 2015 hingga 3 Mac 2015.

Pada 27 Feb itu semua anak2 pergi ke sekolah seperti biasa. Alia mengambil keputusan untuk balik ke rumah utk kiss goodbye kepada mommy. Sangat terharu namun airmata ini tetap bertahan. Kami bermula dengan menaiki kereta dari rumah di Ulsan ke Teahwa rotary, Harris suami Syu menghantar kami, menaiki bas dengan bayaran 7900 won, bermulalah cerita pengembaraan Haniza, Syuhaida dan teacher Seaha (Korean teacher) at HFC clubhouse.

Bas berhenti di Busan Gimhae international airport setelah 55min dlm perjalanan. Kami pon segera check in dan terus menikmati makanan bibimbap di restoran. Sesudah itu kami menunaikan solat Asar dan terus menaiki kapalterbang ke Fukuoka. Dalam penerbangan kami dihidangkan dengan air mineral.

Sampai Fukuoka kami makan malam pertama di Jepun, harga makananku ialah 580yen, tapi ke bayar 6000yen dan pakcik kedai tu buat action /hot/ sambil mengipas2 mulutnya. Mind set kena tukar..... nilai Yen ialah ratus2 berlainan dengan nilai Won... ribu2.

Kadar tukaran wang ialah Korean Won 48,010 bersamaan 5,000 Japan Yen. Dan kali kedua tukaran ialah MYR 1,500.00 bersamaan 43,140 Yen. Kali ketiga tukaran ialah 70,000Won bersamaan 7,215 Yen.

Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas ke Nagasaki. Bermalam 2 malam di Nagasaki dan 2 malam di Fukuoka. Bas mengambil masa 2 jam. Teacher Seaha duduk dengan Syu. Aku duduk bersebelahan jejaka Jepun berumur 29 tahun baru balik dari Saudi. beliau telah mengahbiskan masa lebih 24jam travel dari Saudi ke Dubai ke Incheon ke Fukuoka dan ke Nagasaki. Telah berkahwin tapi belum ada anak. Isteri bekerja sebagai bank officer mnetap di Nagasaki. Sepanjang perjalanan kami borak2 tentang pekerjaannya dan hubbyku. Sempat ku selitkan tentang melawat tempat2 menarik di Malaysia dan pentingnya hidup berkeluarga dan mempunyai anak pada usia tidah terlalu tua. Namanya Hade dan dia tunjukkan jalan ke Hotel Coure Nagasaki yg hanya mengambil masa 1 min berjalan kaki.

Sampai di hotel kami terus check in dan membayar 310Yen utk breakfast. 2 hari bersamaan 620Yen. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan kami hingga ke Nagasaki.


Monday, February 2, 2015

Sedikit Perkongsian: Surah At-Takaathur

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh).

2. Sehingga kamu masuk kubur,

3. Jangan sekali-kali bersikap sedemikian! Kamu akan ketahui kelak (akibat yang buruk semasa hendak mati)

4. Sekali lagi diingatkan jangan sekali-kali kamu bersikap demikian! (Kamu akan mengetahu kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)

5. Demi sesungguhnya! kalaulah kamu ketahui apa yang kamu akan hadapi- dengan pengetahuan yang yakin (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang akan menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat)

6. Ingatlah demi sesungguhnya! kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

7. Selepas itu demi sesungguhnya! kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)

8. Selain dari itu sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu tentang segala nikmat yang kamu telah menikmatinya.

Ya Allah rahmatilah aku dengan Al-Quran, jadikanlah ia sebagai cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku..... Amin

Candle Making Class

Assalamualaikum,..... Hari ni kite cerita pasal buat lilin sendiri kat rumah. 
Pergi ke kedai kawan Teacher Seaha yang memang jual handmade lilin, sabun dan beauty product. Guess what.... kat kedai tu ada jual tupperware.... wah... rindu butik tupperware kat  Malaysia. 



Barang2 yang diperlukan 1. Bekas Aluminium 2. Butir2 lilin 3. Gelas n sumbu n tempat letak sumbu.
Kotak lilin yang dah siap..... 1000 won

Syuhaida, owner kedai n teacher Seaha
Mula2 kena panaskan butir2 lilin tu pada suhu 50 ke 60 darjah... Dipanaskan teris atas hotplate n jangan campur apa2 tau.

Sementara tu set up kan tapak sumbu,  kena kasarkan tapak sumbu tu dgn gunting supaya boleh stay kat dasar gelas.... dan cucukkan sumbu kayu tu kat tapak sumbu. Lepas tu letak tengah2 gelas.

Bila dah cair butir lilin tu tambahkan aroma/essence/pewangi dengan nisbah 10% dari jumlah lilin yg dah cair,

Orange campur lavender menjadi pilihan, Syu pilih echiliptus campur orange, Karen pilih lavender sahaja dan Sylwia pilih orange aje, Teacher Saeha pilih orange je jugak.

Lepas campur tu kacau dengan batang aiskrim supaya lilin n essence tu sebati.

Tuang dlm gelas yang dah letak sumbu (wooden wick). Biar lilin tu keras. kalo suka bole letak bunga kering masa dah tuang 3/4 gelas penuh, Kiranya kena tuang 2 kali supaya ada ruang bunga kering tu terapung.

Dah beli sekilo butir lilin tu dan plan nak buat dengan Alia. In sha Allah dlm minggu ni juga buat sebab Alia tak join ski Trip so ada banyak masa boleh buat art and craft dengan Alia.

Sekian dulu...

Tuesday, January 20, 2015

Hijrah ke Ulsan part 2


Alhamdulillah minggu ni adalah minggu ke 4 berada di Ulsan.

Hari ini Rabu 21 Jan 2015. Anak2 dan suami semua sudah memulakan tugas rasmi seharian. Maka seperti biasa tugas2 di rumah akan bermula.

Pengalaman berhijrah dengan syarikat tempat kerja suami menawarkan untuk membawa barang2 dari Malaysia sebanyak satu kontena. Walaubagaimana pun hanya 5kg makanan sahaja dibenarkan. Nama syarikat bertanggugjawab ialah Asian Tigers yang dilantik oleh MiGroup.

Setelah sampai ke Korea kami berjumpa dengan satu family dari Malaysia dan mencerita mereka bawa 50kg beras! dan memang kebanyakkannya adalah makanan dalam tin dan sabun2.

Walaubagaimanapun yang dah lepas tu kite kongsi kat sini supaya jadi pengajaran utk org2 yang nak berhijrah.

10 barang yang memang kena bawa antaranya:

1. Cadar - yg kami dapat adalah bukan fitted. Kena bawa saiz king dan queen shj sbb single mmg tak muat. tilam tebal.
2. Tempat sidai towel- kami sidai baju dlm umah. ada dryer tapi tak guna. Laundry basket bw sekali.
3. Karpet utk lepak2 depan TV
4. Peralatan masak termasuk utk membuat roti dan biskut- bw sekali koko/coklat powder
5. Jam dinding
6. Cermin- Meka sediakan cermin dlm master bedroom aje
7.  Laptop- Anak2 Sek kat H
yundai Foreign School semua kena pakai laptop
8. Bekas2 makanan- utk bw lunch n snack dan utk pi picnic
9. losyen and lip balm
10. Tak perlu bawa iron kalo dok kat HFC (hyundai Foreign Compound)


Saturday, January 10, 2015

Hijrah ke Ulsan, Korea


Assalamualaikum dan bismillah pembuka bicara. Hari ini tanggal 11 Januari 2015 adalah hari bersejarah kerana bermulanya arena menulis blog dalam kehidupan Haniza Binti Ahmad.

Bermula dengan satu gambar bunga tepi jalan yang serupa dengan kobis, gambar diambil depan apartment di Ulsan Korea. Memulakan hidup merantau di negara yang terkenal dengan kehebatan barang kosmetik dan kimchi. Akan menetap di Korea selama 3 tahun kerana mengikut suami berkerja dan tugasku bertukar daripada menjadi Speech Therapist di Hospital Putrajaya kepada fulltime homemaker. 

Memulakan kehidupan di Ulsan dengan kesejukan di bawah paras beku ada sampai -4c memang mencabar. Minda sentiasa positif mengatakan pasti seronok menikmati cuaca ciptaan Allah. Dalam rumah ada floorboard yang hangat maka memang seronok memerap di rumah. Namun tuntutan kehidupan membawa kami melihat pemandangan sekitar ulsan korea.

 Berjalan kaki pergi ke mart berdekatan
Melihat pokok tinggal ranting
 Perjalanan ke downtown Ulsan
Jalan raya yang berbeza kerana left hand driver

Sekian dulu... akan bersambung lagi cerita di Ulsan Korea.