Monday, March 16, 2015

Tempat Shopping di Ulsan

Hari ini 26 Jan 2015 bersamaan hari Isnin. Anak3 pergi sekolah pukul 8.30 am dan balik pukul 3.30pm. Hari ini ikut Syuhaida pergi ke Dewangam Park, bersebelahan dengan pantai Ilsan. Selepas itu pergi lunch invitation di rumah kawan baru di Santevill. Kawan tu berasal dari Indonesia Yuni namanya. Seronok makan sambil berborak-borak.

Yuni dan Ana masak nasi, soto ayam, pulut ayam, sambal hijau, dan ayam bakar. Alhamdulillah memang sedap makan sambil borak2 dgn Sylwia, Karen, Asami dan teacher Seahe.

Ok jom cerita tentang tempat shopping.....

Tempat shopping barang dapur dan keperluan harian di Ulsan
1. Home Plus - ala2 tesco
2. E Mart - Pilihan baju banyak jugak dengan mainan untuk budak-budak
3. Costco
4. Lotte mart
5. Foreign Mart- Untuk beli makanan halal
6. Pasar ulsan

Paling dekat dengan rumah di Hyundai Foreigner Compound ialah Hyundai department  store. Tapi kat situ barang mahal, jadi kami selalu pergi ke Home plus... sama ada yg dekat atau yang di downtown.

Selain homeplus kami juga pergi ke foreigner mart utk beli ayam dan daging halal. Kami akan ke costco untuk beli stok susu uht anak2.

Kesimpulannya... kami hanya akan keluar utk beli barang keperluan harian hujung minggu. Dan selalunye masa ini lah anak2 akan makan shrimp burger kat Mom's
Touch.

Baru2 ni dapat tahu yang semua pastries kat Paris Baguette semuanya tidak halal.... kalo gini nampaknye memang kena buat roti sendiri.

2 comments:

  1. salam,

    kak,

    nak tanya mcm mana kehidupan kat ulsan. barang keperluan mahal x?. sewa rumah, makanan, pengangkutan, bank mana yg boleh guna dsbnya saya mungkin dapat kerja kat yard . pergi bulan 5 ni.

    tq,
    mohd 'adli,
    what ap 0162789469

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete