Kad Jemputan daripada Ara diterima. Tarikh majlis adalah pada 21 Mei 2016 berlangsung di dewan MBC Ulsan.
Hari yang ditunggu telah tiba. Majlis bermula pada pukul 1:00 petang. Kami keluar dari rumah pun pukul satu.... memang sah lewat. Korea memang sangat mementingkan masa. pukul 1.45pm kami sampai ke dewan yang dimaksudkan. Memang lambat sangat dan majlis telah selesai.... alahai.
Rupa rupanya dalam sehari itu di dewan yang sama ada banyak majlis perkahwinan. Di dewan itu terdapat bilik-bilik kecil ala ala setting church. Setiap bilik itu hanya di khaskan untuk pasangan pengantin itu untuk sejam sahaja. Selepas sejam bilik tersebut akan disiapkan untuk pasangan yang seterusnya. Misalnya pasangan Ara adalah dari pukul satu dan dari pukul tiga petang adalah pasangan pengantin lain. Dalam bilik itu Ara memakai gaun putih ala2 pengantin orang barat. Pengantin lelaki mengenakan suit hitam. Sesudah masjlis di dalam bilik itu mereka beredar ke ruangan untuk mengambil gambar. Kemudian ke dewan makan.
Kami perlu ada tiket untuk masuk di Dewan Makan, Alhamdulillah ada orang korea yang boleh berbahasa Inggeris tolong mendapatkan tiket dan kami boleh masuk untuk makan. Di dalam dewan makan, makanannya taraf hotel 5 bintang dan pilihannya banyak. Paling menarik ada ikan pari stim dengan sambal yang sedap. Menikmati sushi... dan makanan laut. Dessert yang dihidangkan memang banyak dan anak2ku sangat gembira sebab dapat makan rambutan dan laici. Ada aiskrim yang sudah tentu menjadi kegemaran mereka.
Moralnya... mesti menepati masa.
Kami berpeluang bertemu dengan pengantin Ara dan pasangannya semasa makan. Ketika itu Ara telah memakai hanbok yang simple dan make-up nya juga simple. Really natural beauty. Congratulations Ara.
Ara adalah office girl di pejabat tempat suami bekerja di Korea.
No comments:
Post a Comment