Wednesday, August 31, 2016

Kisah Makan-makan di tingkat 22 Prugio

Alhamdulillah.... syukur kepada Allah kerana di Ulsan ini kawan-kawan semua baik hati. Munirah jemput makan tengahari di rumahnya. Menu hari itu bertemakan masakan kampung.

Menu yang enak lagi menjilat jari
-Nasi putih
-Ikan bawal putih goreng
- Masak lemak pucuk manis dengan keledek
- Sambal udang petai
- Sambal tempoyak
- Sambal belacan dan ulam pegaga, timun

Tetamu yang hadir pada hari itu
- Mummy dan Aisyah - Jelly merah
- Kak Nor - Wadae
- Ana dan Ammar - Keria
- Nik, Dhiya dan Alif- Meehoon goreng
- Naaeimah, Amru dan fathi - Air Acai berry
- Sabrina, Amanda dan Sofea - Anggur
- Hani dan Ozil - Kitkat green tea
- Kak Faazila - Hagendaz aiskrim

Kami sampai dengan cikgu ana, kamilah tetamu terawal yang sampai. Pukul 12pm husben2 pun balik dan makan dulu. Selesai mereka makan maka kamilah pula yang makan dengan berselera sekali. Memang murah rezeki Munirah.... tabarakallah... Terima kasih kerana menjemput kami.

Sampai masa nak balik kami siap bawa bekal... alhamdulillah, pergi ke parking kereta... salah level pulak, takpe semua tu memang Allah dah susun, kereta pulak susah nak start... dup dap2. Boleh pon start dan sampailah kami ke Hyundai Foreign Compound dengan selamat.

Seronok sangat dapat jumpa kawan2 dan borak2 sakan....Sekian cerita makan2.

Tahap-tahap Nafsu

Tajuk hari ini berkaitan dengan tahap-tahap nafsu yang dipetik dari program TV al hijrah Cinta Ilmu. Menurut ustaz yang menyampaikan ceramah pada hari ini terdapat tujuh tahap nafsu. Marilah kita muhasabah diri kita tingkat nafsu yang manakah?

1. Kamilah = Tingkat nafsu yang paling tinggi dan hanya dikalangan Rasul- rasul. Manusia biasa macam kita memang tidak tergolong dalam tingkat ini.

2. Mardhiyah = Adalah khusus pada golongan wali-wali Allah. Redha Allah sentiasa bersamanya. kalau cakap memang masin mulutnya. bersifat sangat tawaduk dan cakapnya pun hanya bila perlu.

3. Rodhiyah = Terdiri daripada manusia yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Malah mereka ini terhibur dengan ujian Allah. Musibah dan ujian daripada Allah merupakan hadiah bagi mereka. Ustaz tu kata golongan ini kalau ada orang lempang dia pon redha aje dan tak marah.

4. Mutmainnah = Manusia di tahap nafsu ini adalah golongan yang tenang. Jiwanya sedikit pun tidak tergugat dengan kesenangan dan nikmat dunia. Sama ada sakit atau sihat mereka ini sentiasa tenang. Sama sahaja, pujian tidak membuatkan hatinya berbunga-bunga. Jika dikeji pun tenang sahaja.

5. Mulhamah = Tahap nafsu ini adalah nafsu yang dipimpin. Ilham untuk menjadi baik dan berbuat baik sentiasa ada. Manusia jenis nafsu ini seperti atas pagar, border line. Buat dosa namun hatinya tahu perkara tersebut tidak baik dan berdosa.

6. Lawuamah = Golongan manusia yang sentiasa mencerca dirinya sendiri. Berbuat jahat dan tidak mampu melawan nafsu jahatnya. Mengetahui berjudi itu berdosa namun kalah dengan nafsunya.

7. Ammarah = Merupakan tingkat nafsu yang paling rendah. Godaan nafsu dan syaitan yang menguasai diri. Baik dan jahat dilihat sama sahaja. Seperti rasuah adalah salah tapi dianggap betul. Inilah nafsu golongan orang munafik.

Begitulah penerangan tahap-tahap nafsu. Marilah kita audit diri kita...

Selepas program Cinta Ilmu mari kita petik pula kupasan dari program Tanyalah Ustaz. Kali ini membincangkan tentang tajuk Kaya Hati. Macammana nak dapatkan Kaya Hati

1. Ambil contoh dari Nabi-nabi
2. Bertawakal kepada Allah
3. Berbaik sangka
4. Percaya kepada qada' dan qadar Allah.

Wallahua'lam...

Sunday, August 28, 2016

Hari Pertama ke Sekolah Selepas Cuti Summer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Hari ni hari pertama Alia, Aimin dan Arif pergi ke Hyundai Foreign School selapas cuti summer selama 2 bulan. Mummy dan Aisyah tinggal di rumah dan mulalah kami buat aktiviti-aktiviti yang best. Macam masuk dalam buai dua kali tak jadi tidur, sudahnya Aisyah tidur atas carpet golek-golek. Aisyah makan pun sikit aje... makan nasi dengan oats, mungkin tak sedap tu. Mummy kena bagi peraasa.

Mummy dengar dalam Tanyalah ustaz hari ni tentang pendemaan organ. Haram hukumnya jika mendermakan organ kerana kesempitan wang... namanya pun menderma kalau dapat duit tu namanya menjual organ... kan dah tak nama menderma.  Lepas tu Mummy dengar Hadis tentang Mengawal Marah. Marah tu perlu tapi mesti bijak mengawalnya. Orang yang kuat dalam dunia ini adalah orang yang paling bijak mengawal marah. Jika kita marah dalam keadaan berdiri hendaklah kita duduk, jika masih marah berbaring dan yang paling bagus pergilah mengambil wuduk. Kerana marah itu daripada syaitan dan syitan dijadikan daripada api maka.... berwuduklah untuk mengawal marah.

Aisyah dah bangun..... sambung lagi esok...