Wednesday, August 31, 2016

Tahap-tahap Nafsu

Tajuk hari ini berkaitan dengan tahap-tahap nafsu yang dipetik dari program TV al hijrah Cinta Ilmu. Menurut ustaz yang menyampaikan ceramah pada hari ini terdapat tujuh tahap nafsu. Marilah kita muhasabah diri kita tingkat nafsu yang manakah?

1. Kamilah = Tingkat nafsu yang paling tinggi dan hanya dikalangan Rasul- rasul. Manusia biasa macam kita memang tidak tergolong dalam tingkat ini.

2. Mardhiyah = Adalah khusus pada golongan wali-wali Allah. Redha Allah sentiasa bersamanya. kalau cakap memang masin mulutnya. bersifat sangat tawaduk dan cakapnya pun hanya bila perlu.

3. Rodhiyah = Terdiri daripada manusia yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Malah mereka ini terhibur dengan ujian Allah. Musibah dan ujian daripada Allah merupakan hadiah bagi mereka. Ustaz tu kata golongan ini kalau ada orang lempang dia pon redha aje dan tak marah.

4. Mutmainnah = Manusia di tahap nafsu ini adalah golongan yang tenang. Jiwanya sedikit pun tidak tergugat dengan kesenangan dan nikmat dunia. Sama ada sakit atau sihat mereka ini sentiasa tenang. Sama sahaja, pujian tidak membuatkan hatinya berbunga-bunga. Jika dikeji pun tenang sahaja.

5. Mulhamah = Tahap nafsu ini adalah nafsu yang dipimpin. Ilham untuk menjadi baik dan berbuat baik sentiasa ada. Manusia jenis nafsu ini seperti atas pagar, border line. Buat dosa namun hatinya tahu perkara tersebut tidak baik dan berdosa.

6. Lawuamah = Golongan manusia yang sentiasa mencerca dirinya sendiri. Berbuat jahat dan tidak mampu melawan nafsu jahatnya. Mengetahui berjudi itu berdosa namun kalah dengan nafsunya.

7. Ammarah = Merupakan tingkat nafsu yang paling rendah. Godaan nafsu dan syaitan yang menguasai diri. Baik dan jahat dilihat sama sahaja. Seperti rasuah adalah salah tapi dianggap betul. Inilah nafsu golongan orang munafik.

Begitulah penerangan tahap-tahap nafsu. Marilah kita audit diri kita...

Selepas program Cinta Ilmu mari kita petik pula kupasan dari program Tanyalah Ustaz. Kali ini membincangkan tentang tajuk Kaya Hati. Macammana nak dapatkan Kaya Hati

1. Ambil contoh dari Nabi-nabi
2. Bertawakal kepada Allah
3. Berbaik sangka
4. Percaya kepada qada' dan qadar Allah.

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment