Assalamualaikum....
Hari ini nak share perbincangan dalam Tanyalah Ustaz TV9. Tajuk : Untung Dunia Untung Akhirat.
Menurut Ustaz yang membincangkan tajuk ini, amalan yang paling senang nak dapat untung dunia dan untung akhirat ada dua iaitu
1. SEDEKAH
2. DAKWAH
Paling senang katanya adalah dengan SEDEKAH... sebab sedekah tak macam solat, kalau bacaan al-fatihah salah tak sah solat, tak macam haji kalau tersalah kena Dam.
Macamana pulak bila dah sedekah kite menyesal..... banyakkan beristigfar....astarghfirullah.... sesungguhnya syaitan telah mengaburi hati. Begitu juga jika kite terasa bagus sgt sebab bersedekah.... beristigfar lah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat.
Ikhlaslah ketika bersedekah... kerana harta kite bukan milik kite. Jika kita mati semua harta itu akan ditinggalkan. Bersedekah untuk menambah rezeki di dunia dan mendapat keuntungan di akhirat.
Semua orang yang mengucap kalimah lailahaillAllah ada tugas untuk berdakwah... Berdakwah adalah MLM paling hebat. Berdakwah boleh melalui tingkahlaku dan berdakwah dengan lisan.
Contoh dakwah dengan tingkahlaku adalah senyum, berbudi pekerti dan berbaik dengan jiran.
Contoh dakwah dengan lisan adalah berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran.
Kesimpulannya..... Rasulullah berkata aku lihat ramai wanita yang menjadi ahli neraka maka ustaz tu kata..... perbanyakkanlah bersedekah dan beristigfar.
Ya Allah ampunilah dosaku.
No comments:
Post a Comment