Thursday, October 20, 2016

Pengalaman Bersalin Di Ulsan Korea

Assalamualaikum, hari ni ada peluang nak share tentang pengalaman bersalin di Ulsan Korea. Tarikh keramat itu ialah pada 3 Januari 2016, hari Ahad. 

Kami tinggal di Hyundai Foreigner Compound aka HFC. Hospital yang terdekat ialah Ulsan University Hospital UUH. Memang dekat sebab kalau jalan kaki cuma 10 minit sampai, turun bukit lah masa nak pergi tu. Oleh kerana company tanggung perbelanjaan perubatan 80% dan hospital tersebut ada doktor perempuan maka UUH telah dipilih. Ada banyak pusat bersalin sekitar bandar Ulsan seperti Boram dan Frumedi namun kami memilih UUH walaupun mahal 3 kali ganda kosnya untuk bersalin normal. 

Allah mudahkan segala urusan, bibik telah datang dengan mama lebih kurang sebulan sebelum bersalin. Sempatlah bibik merasa salji tipu2 hahaha... 

Kali ini merupakan kali ke 5 melahirkan baby dan menurut detail scan yang dilakukan ia adalah baby girl. Pada usia kandungan 38 minggu hari itu adalah hari sabtu, sempat lagi berjalan jalan di old downtown. Tengah berjalan tu memang rasa contraction makin kuat. berhenti berjalan dan contraction pon hilang. 

Malam Ahad tu jam 3 pagi rasa contraction makin kuat dan kerap. Bila ada contraction terjaga dan boleh sambung tidur semula. Pada pukul 5.30 pagi dah masuk subuh, terus bangkit untuk ambil wuduk dan solat. Bila masuk rakaat ke 2 contraction dah makin tak tertahan. Terus habiskan solat dalam keadaan duduk. Alhamdulillah selesai solat terus ajak suami ke hospital. Sebelum pergi ke hospital sempat lagi ke toilet dan memang dah turun darah.

Pergi ke dapur buat air milo dan makan biskut serta kurma 3 biji. Masa tu memang dah 2 kali contraction dalam masa 10 minit. Allahuakbar hanya kepada Allah ku serahkan segalanya. 

Suami terus menghantar ke UUH di Unit Kecemasan. Di Unit Kecemasan seperti procedure biasa, tukar baju dan set line kemudian terus hantar ke Wad bersalin. Sampai di Wad aku di tempatkan di bilik procedure wad. Bukaan di periksa dah buka 6cm dan kena tanya kenapa datang lambat ke hospital. Sebab memang dah tau kalau pergi awal2 nanti mesti kena induce, sebab tu lah bila dah betul2 kerap contraction baru ke hospital. Pukul 7am sampai ke hospital kul 8.55am baby pun lahir. 

Baik juga sebelum proses melahirkan tu dah tanya pengalaman kawan2 yang bersalin normal di korea. Bayangkan dari bilik procedure wad pindah ke wad bersalin. Bila sampai di wad bersalin ada 2 ruangan iaitu labour room and delivery room. Masa kat labour room tu dia tunggu sampai 10cm, tanya nurse "im going to push here" ... 'no no' said the nurse. Dia tolak pulak katil ke delivery room... tanya lagi 'Im going to push here?" ... no no...Maka segala doa dibaca dan pujuk2 baby, not yet baby, sabar ye baby....  Dalam delivery room di tolak pula katil masuk ke procedure room untuk push baby. Masa tu suami tidak di benarkan masuk atas sebab2 tertentu. Hanya redha dan berserah kepada Allah. 

Bila sampai di procedure room tu, di suruhnya pulak pindah dari katil ke katil khas utk push baby, Subhanallah dah rasa kepala baby nak keluar disuruh nya pindah katil pulak.... Allahuakbar banyakkan bersabar ye..... dah tak tanya lagi dah lepas tu...., terus push baby sebab gesa nak meneran memang dah kuat sangat.

Alhamdulillah Allah mudahkan, maka lahirlah seorang bayi permpuan yang sihat... Alhamdulillah, 

Begitulah kisah bersalin di UUH Ulsan Korea. 

Anak-anak adalah amanah Allah, Ya ALLAH bantulah kami mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. aminn...

Sekian dulu. 

No comments:

Post a Comment