Saturday, September 16, 2017

Ringkasan tafsir Surah Al-Insyiraah

Assalamualaikum dan salam hari Ahad.

Hari ini sudah hari ke 13 daddy pergi ke Sakhalin Russia. Dijangka balik ke Ulsan pada hari Selasa 19 Julai waktu malam.


Perjalanan daddy untuk sampai ke offshore rig mengambil masa 3 hari menaiki boat. Semoga perjalanan pulang daddy Allah mudahkan.

Pada hari Jumaat selepas zumba mummy terus ke rumah aunty Aishah di F2. Little Aisyah n mummy makan tengahri dan bersiap untuk ke majlis ilmu di kids room Clubhouse.

Kupasan tafsir surah Al Insyiraah disampaikan oleh unty Naaiemah. Ringkasannya adalah berkaitan...
1. Apabila Allah uji kite dengan kesedihan ingatlah segala nikmat yang ada.
2. Ujian adalah untuk meningkatkan darjat di sisi Allah.
3. Yakinlah dengan Allah kerana selepas setiap kesusahan pasti ada kesenangan.
4. Apabila mendapat kesenangan hendaklah kita bersungguh sungguh membuat tugasan/ amalan soleh yang lain.
5. Dakwah adalah tanggungjawab yang berat. Kerana menghubungkan sesuatu yang kekal iaitu Allah dengan yang tidak kekal iaitu makhluk ciptaan Allah.

Sekian dulu.

Wednesday, March 1, 2017

Berjalan-jalan di Busan

Assalamualaikum... hari ni nak cerita kisah semalam pergi ke Nampodong  Busan, bertujuan untuk mencari topi Arif sempana reading week di sekolah minggu ini.

Alhamdulillah dapat juga 2 topi, satu warna hitam dan satu lagi warna coklat.

Dua topi yang digayakan oleh daddy dan Arif


Semalam 1 Mac adalah hari merdeka Korea selatan dari jajahan Jepun. Maka semalam kami pun mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan. Keluar rumah pukul 9.45am dan singgah E-Mart nak tengok kalau ada topi, setelah itu terus ke Busan. 

Daddy ada rezeki beli 3 pasang suspender dan Aisyah juga dapt 3 pasang stokin. Arif dan Aimin dapat topi dan Mummy dapat belikan Alia seluar yang selesa. Selepas penat berjalan maka kami menikmati makanan halal di Little India. 


Hiasan di bawah kaca meja makan di Little India, Busan


Selepas makan daddy belikan waffle untuk anak-anak, suka mereka dapat dessert lepas lunch. 











Kami berjalan di laluan Busan International Flim Festival.... Stokin ada bermacam-macam corak dan berharga sekitar 500w hingga 2000w.

Hari ni mendengar tentang Adab Berilmu di TV9... antara rumusan yang boleh di kongsi adalah...

1. Kita perlu belajar ILMU bukan belajar satu kitab atau buku, kerana ilmu yang perlu dipelajari secara berterusan. Kitab atau buku adalah medium penyampaian ilmu. 

2. Kita mesti berusaha melakukan amal soleh secara ISTIQAMAH bukan untuk mencapai KAROMAH. 

Sekian dulu, in shaa Allah jumpa lagi nanti.

Sunday, February 26, 2017

Lihat Saja Dapat Pahala

Assalamualaikum...

Alhamdulillah my love dah balik dari sea trial. Pergi hari Rabu 22 Feb 2017 hingga 26 Feb 2017. Tahniah sebab selesai satu tugasan pertama, nanti akan ada fasa Gas trial lebih lama lagi my love akan berlayar.

Di sini akan saya kongsikan 4 perkara yang apabila kita lihat saja dapat pahala,

1. Kaabah
2. Muka ibu bapa
3. Muka pasangan hidup kita
4. Al- Quran

Kasih sayang Allah kepada hamba-hamba nya amat luas, bayangkan tengok empat perkara tersebut pun dapat pahala. Dengan syarat pandang lah dengan kasih sayang.

Aisyah yang masih belajar berdiri dan berjalan

Aydan dan Ammar kawan yang masih merangkak.

Aktiviti sepanjang sea trial, 

Rabu 22/2 : Di rumah Naiemah untuk sesi hadith
Khamis 23/2 : Rumah Ana aktiviti membuat mee kuning  untuk mee bandung. 
Jumaat 24/2 : Pergi makan Gimbab dan Ayam goreng di Bangeojin
Sabtu 25/2 : Rumah kak Faazila, Baking day. 

Segala puji bagi Allah... sempat membuat majlis ilmu di rumah kak Faazila. Share hadith berkaitan 3 perkara yang disampaikan oleh Rasullallah SAW. 

1. Solat di awal waktu
2, Berbuat baik kepada ibu bapa
3. Jihad ke jalan Allah. 

Sekian untuk kali ini...

Wednesday, February 22, 2017

Benda Kecil dan Penting

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.

Hari ini nak kongsi tentang sejenig ubat sembur hidung untuk bayi.
100% seawater, sesuai untuk bayi yang baru lahir. Nasal spray, cold symptoms relief and prevention.

100% natural
Isotonic seawater 
Preservative free
Safe for daily use

Dikilangkan oleh Laboratoire de la Mer, France. Berharga 11000won. saiz 115ml.


Alhamdulillah, Aisyah sesuai dengan nasal spray ni.

Yang seterusnya, benda kecil yang penting ialah neck warmer merangkap pengelap air liur bayi.




Segitiga dan bermacam-macam corak, ada butang di penjurunya. Sangat sesuai untuk Aisyah yang tengah suka makan strawberry sekarang ni.

Kedua-dua barang di atas nampak kecil namun fungsinya sangat besar. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibubapa yang menetap di luar negara terutamanya pada musim sejuk.

Tazkirah untuk Arif pada hari ini oleh Wak Ida,

1. Semua barang yang kita ada bukanlah milik kita, semua nya adalah milik Allah. Maka kita mesti berkongsi barang terutamanya dengan adik beradik kita.

2. Kita mesti sentiasa bersifat pemurah, kerana kita suka apabila orang lain bersifat pemurah pada kita. Dengan kata lain, jangan lokek.

3. Hormati tetamu yang datang ke rumah kita. Kerana sekiranya kita adalah tetamu kita suka tuan rumah melayan kita dengan baik.

Fikir yang baik, doa yang baik, buat yang baik, pasti yang baik akan datang pada kita.

Sekian.

Monday, February 20, 2017

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Bismillahirrahmanirahim....  Semoga Allah jadikan hari ini ibadah kita lebih baik dari hari semalam. In shaa Allah.

Semalam tiada coretan diruang ini.... mesti ada hikmahnya. Selama 2 hari ini TV al hijrah menjadi santapan  rohani kerana TV9 tidak dapat dicapai.

Semalam membincangkan tajuk "Anak Manja". Di antara isi perbincangan yang dapat dikongsi ialah

1. Ibu bapa mesti bersikap adil terhadap semua anak-anak.
Adil disini merujuk kepada cara ibubapa melayan anak-anak hendaklah mengikut keperluan mereka. Ada anak yang suka diberikan perhatian dengan sentuhan, ada yang suka diberikan hadiah, ada yang suka diberikan pujian, ada yang suka diberikan masa berkualiti, ada yang suka ditolong melaksanakan tugasan. Paling mudah jika anak lelaki diberi songkok maka anak permpuan perlu dibelikan tudung.... barulah adil.

2. Berkomunikasi dengan anak-anak dengan peruntukkan masa. Bertanya soalan seperti
 "Apa perkara paling best berlaku hari ni?"
"Apa yang paling tak best pulak?"

"Apa perkara baik yang orang buat pada Aimin hari ni?"
"Apa pulak perkara baik yang Alia buat hari ni?"

" Apa yang Arif belajar hari ni samaada dalam sekolah atau lepas sekolah?"

3. Cara ibubapa berfikir mestilah setiap masa
Fikir yang baik
Rasa yang baik
Buat yang baik
Pasti yang baik-baik saja datang pada kita. 




 Hanbok adalah pakaian tradisi orang Korea. Anak-anak akan memakai hanbok ketika 2 perayaan utama iaitu Seolall (Tahun Baru) dan Chuseok (Hari Kesyukuran)

Rumusan santapan rohani pada hari ini yang disampaikan oleh Dato Fadzillah Kamsah ialah

1. Anak lelaki senang dijaga namun susah dididik  manakala
    anak perempuan pula susah dijaga namun senang dididik. 
Katanya lagi kalau anak lelaki jatuh pun boleh bangun sendiri, perempuan pula susah nak jaga bermaksud nak jaga maruah namun hatinya lembut.

2. Menurut kajian anak perempuan tak suka orang bercakap kasar atau bersuara tinggi apabila becakap dengannya. Maka ingatan untuk mummy ... bercakaplah lemah lembut dengan anak-anak.

3. Paling penting untuk mummy and daddy buat ialah...
Semasa anak-anak sedang tidur bacakan 1. Al-fatihah 2. Ayat Kursi 3. Surah Ai- Insyirah kemudian cakaplah kepada anak-anak supaya jadi anak yang soleh, menjaga solat dan jadi anak yang mentaati mummy daddy.  Marilah kita mulakan dan sentiasa berterusan.

Sekian untuk hari ini... jom zumba!

 

Sunday, February 19, 2017

Kitar Semula di Ulsan Korea

Proses kitar semula sampah domestik adalah sangat dititkberatkan di Ulsan ini.


Gambar pertama adalah tong sampah yang standard di dalam kawasan Hyundai Foreign Compound. Hanya plastik sampah yang khas boleh digunakan untuk sampah "ganeral waste" boleh dibuang ke dalam tong yang bertutup oren. Plastik khas itu hanya boleh dibeli di sekitar daerah tempat tinggal kami iaitu Dong-gu. Harga 20helai plastik 10liter ialah 6200won bersamaan dengan lebih kurang Rm24.

Kesimpulannya marilah mengamalkan kitar semula di mana jua kita berada.

Gambar kedua adalah suasana salah satu pasaraya di bandar Ulsan. Kotak-kotak disediakan dan disusun mengikut saiz. Semua kotak ini adalah percuma. Kaunter berhanpiran kotak ada disediakan tape pelekat dan pemotong tape.

Sekiranya plastik diperlukan setelah membeli belah bayaran dikenakan sekitar 50 hingga 100won. Digalakkan untuk membawa shopping beg setiap kali ke pasaraya.

Petak parking khas untuk pemandu wanita, terdapat juga petak parking untuk permpuan mengandung dan famili. Biasanya jenis petak parking ini terdapat di pasaraya besar.

Sesudah membeli keperluan rumah kami menju ke restoran Mr. Pizza di Tarrace Park.



Kami mencuba Pizza udang dan semestinya cheese pizza. Dalam pizza udang tu ada brokoli dan kacang buncis! Alhamdulillah... kenyang sampai ke petang.

Aisyah yang senang hati sebab dah makan baby cereal. 


Wahai anak-anak yang soleh dan solehah...

By making you do chores, taking out the garbage, doing your own laundry, wash dishes and bla... bla.. bla... you will realize... I have to do the work of life in order to be part of life.

Sekian dulu, in shaa Allah jumpa esok.

Saturday, February 18, 2017

Ciri-ciri Orang Yang Sombong

Alhamdulillah, hari ni Allah masih panjangkan umur untuk kita hidup di dalam dunia yang sementara ini.

Dikesempatan ini saya akan kongsikan ciri-ciri orang yang bersifat sombong.
Terdapat empat perkara utama iaitu:-

1. Suka potong cakap orang lain -
Satu sifat terburu-buru, orang lain sedang bercakap tiba-tiba ada yang mencelah di masa yang tidak sepatutnya. Kepentingan meraikan pendapat orang yang sedang bercakap amatlah penting. Makanya kita seharusnya menjadi pendengar yang baik.

2. Tidak suka berdoa -
Sekiranya kita terlihat seusai solat ada yang terus bangkit untuk menyelesaikan hal lain perlulah kite bersangka baik. Mungkin ada urusan yang tersangat penting. Sebaiknya setelah solat kita berdoa kepada Allah kerana selepas solat adalah waktu mustajab berdoa.

3. Mudah melukakan hati orang lain dan cepat terluka -
Sifat sombong seseorang terzahir bila perkataan atau perbuatannya sering melukakan hati orang yang berinteraksi dengannya. Sudahlah begitu, yang ampunya diri cepat rasa terluka bila ada orang menegur atau menasihatinya ertikata lain cepat sentap!

4. Gila pangkat/kuasa
Ciri yang menakutkan kerana sesungguhnya manusia memang mudah terpengaruh dengan pangkat, harta dan wanita.








Ya Allah hebat sungguh alam sekitar ciptaan Mu. Air yang membeku sewaktu musim sejuk, angin sejuk yang menerkam kulit hingga ke tulang hitam dan ahli keluarga yang sihat sentiasa di sisi. Alhamdulillah.  Lokasi: Sepyeong near Jujoen black pabble beach Ulsan korea.

Sekian, Wallahua'lam.

Friday, February 17, 2017

Zumba dan makan

Alhamdulillah Allah rezekikan untuk mencoret beberapa pengajaran yang boleh diambil dari kisah hidup hari ini.

Pukul 9.45 am kawan bernama Sara (bukan nama sebenar) telefon untuk menumpangkan kami (saya dan Aisyah) pergi ke Clubhouse untuk Zumba. Sebenarnya sesi zumba bermula pada pukul 11am.

Begitulah perancangan Allah, tergerak hati dia untuk call dan nak jemput kami pergi sekali. Sebenarnya sesi bermula jam 11am.

Selepas zumba selesai jam 12pm, kami bergerak ke Hanmaum Center untuk berjumpa dengan kawan kelas Korean yang baru balik dari Yeomposan. Kami pun lunch bersama-sama.



Inilah haemul pajoen dan nachii bibimbab dan banchan

Sesudah makan, kami berbual-bual dan tiba-tiba sara berkata "addy hilang", Rasa nangugur jantung terus bangun dan mulakan untuk mencari mana addy. 

Alhamdulillah 5minit mencari dan jumpa Addy berhampiran tandas. Anak hilang, jadi tak keruan... inilah amanah Allah yang perlu di didik jasmani dan rohaninya. 

Seluruh makhluk dilangit dan bumi tidak sanggup untuk terima amanah dari Allah, namun makhluk yang bernama insan ini sanggup memikul amanah sebagai khalifah di bumi ini. Allah bekalkan insan dengan Al-Quran dan Hadith sebagai manual kehidupan. 

Semoga Allah mudahkan urusan di dunia dan akhirat, in shaa Allah sebagai hamba kita terus menimba ilmu, dengan ilmu kite beramal dan iman lah tunjang kekuatan kita. 

Wallahua'lam.

Wednesday, February 15, 2017






Assalamualaikum....
Gambar dua orang adik beradik yang selalu main sama-sama, inilah teman berborak-borak dan inilah kawan gaduh. Lokasi di Blok F Hyundai Foreign Compound.

Hari ini mendengar program Tanyalah Ustaz bertajuk Pemberian Ikhlas.
Tiga perkara penting ialah:

1. Orang yang ikhlas jiwanya BEBAS, Orang yang ikhlas jiwanya TENANG dan orang yang ikhlas jiwanya KUAT.

2. Orang yang ikhlas tidak suka bergaduh dan sentiasa berlapang dada. Orang yang tidak ikhlas depan orang dia tangkas bila belakang orang dia malas.

3. Orang riak, bertambah amal bila dipuji dan berkurang amal bila dikeji.

Persoalan menarik beramal dulu baru ikhlas atau tunggu ikhlas baru beramal?

Jawapan: Kena beramal dulu baru datang kemanisan ikhlas dalam beramal. tipudaya syaitan selalu mengajak kita supaya tangguhkan amalan baik..... namun ajal kita bila-bila masa sahaja akan sampai, sudahnya kita tak sempat beramal... samalah juga solat dgn khusyuk. Kita mestilah bersolat barulah khusyuk itu Allah akan terbitkan dalam hati kita. In shaa Allah.

Kedai makan kesukaan mereka, Spegetti Story

Kehidupan bermastautin di Korea membuka mata tentang...
1. Masa makan ni semua meja penuh, Onni (makcik muda) yang duduk di sebelah kami menolak satu meja kepada famili kami sebab dia tengok anak ramai dgn mak paknya lagi. Sebelum dia balik puan kedai tu menghadiahkan sebiji oren (Hallabong dari Jeju) kepada Onni tu. 

2. Kedai memang kecil dan kebetulan ramai pelanggan, maklumlah waktu makan tengahari. ada lagi pelanggan nam masuk tapi puan kedai tu kata, maaf datang lagi nanti sebab penuh. 

3. Habis makan Aisyah dapat patung fox comel, masa kami datang sebelum ini Alia dapat cermin kecil. 

Perkara kecil yang kita selalu anggap remeh tu yang membuatkan hati kite terpaut untuk berkunjung lagi ke kedai makan tersebut. 

Sekian dulu... sampai jumpa lagi.