Bismillahirrahmanirahim.... Semoga Allah jadikan hari ini ibadah kita lebih baik dari hari semalam. In shaa Allah.
Semalam tiada coretan diruang ini.... mesti ada hikmahnya. Selama 2 hari ini TV al hijrah menjadi santapan rohani kerana TV9 tidak dapat dicapai.
Semalam membincangkan tajuk "Anak Manja". Di antara isi perbincangan yang dapat dikongsi ialah
1. Ibu bapa mesti bersikap adil terhadap semua anak-anak.
Adil disini merujuk kepada cara ibubapa melayan anak-anak hendaklah mengikut keperluan mereka. Ada anak yang suka diberikan perhatian dengan sentuhan, ada yang suka diberikan hadiah, ada yang suka diberikan pujian, ada yang suka diberikan masa berkualiti, ada yang suka ditolong melaksanakan tugasan. Paling mudah jika anak lelaki diberi songkok maka anak permpuan perlu dibelikan tudung.... barulah adil.
2. Berkomunikasi dengan anak-anak dengan peruntukkan masa. Bertanya soalan seperti
"Apa perkara paling best berlaku hari ni?"
"Apa yang paling tak best pulak?"
"Apa perkara baik yang orang buat pada Aimin hari ni?"
"Apa pulak perkara baik yang Alia buat hari ni?"
" Apa yang Arif belajar hari ni samaada dalam sekolah atau lepas sekolah?"
3. Cara ibubapa berfikir mestilah setiap masa
Fikir yang baik
Rasa yang baik
Buat yang baik
Pasti yang baik-baik saja datang pada kita.
Hanbok adalah pakaian tradisi orang Korea. Anak-anak akan memakai hanbok ketika 2 perayaan utama iaitu Seolall (Tahun Baru) dan Chuseok (Hari Kesyukuran)
Rumusan santapan rohani pada hari ini yang disampaikan oleh Dato Fadzillah Kamsah ialah
1. Anak lelaki senang dijaga namun susah dididik manakala
anak perempuan pula susah dijaga namun senang dididik.
Katanya lagi kalau anak lelaki jatuh pun boleh bangun sendiri, perempuan pula susah nak jaga bermaksud nak jaga maruah namun hatinya lembut.
2. Menurut kajian anak perempuan tak suka orang bercakap kasar atau bersuara tinggi apabila becakap dengannya. Maka ingatan untuk mummy ... bercakaplah lemah lembut dengan anak-anak.
3. Paling penting untuk mummy and daddy buat ialah...
Semasa anak-anak sedang tidur bacakan 1. Al-fatihah 2. Ayat Kursi 3. Surah Ai- Insyirah kemudian cakaplah kepada anak-anak supaya jadi anak yang soleh, menjaga solat dan jadi anak yang mentaati mummy daddy. Marilah kita mulakan dan sentiasa berterusan.
Sekian untuk hari ini... jom zumba!
No comments:
Post a Comment