Thursday, October 20, 2016

Pengalaman Bersalin Di Ulsan Korea

Assalamualaikum, hari ni ada peluang nak share tentang pengalaman bersalin di Ulsan Korea. Tarikh keramat itu ialah pada 3 Januari 2016, hari Ahad. 

Kami tinggal di Hyundai Foreigner Compound aka HFC. Hospital yang terdekat ialah Ulsan University Hospital UUH. Memang dekat sebab kalau jalan kaki cuma 10 minit sampai, turun bukit lah masa nak pergi tu. Oleh kerana company tanggung perbelanjaan perubatan 80% dan hospital tersebut ada doktor perempuan maka UUH telah dipilih. Ada banyak pusat bersalin sekitar bandar Ulsan seperti Boram dan Frumedi namun kami memilih UUH walaupun mahal 3 kali ganda kosnya untuk bersalin normal. 

Allah mudahkan segala urusan, bibik telah datang dengan mama lebih kurang sebulan sebelum bersalin. Sempatlah bibik merasa salji tipu2 hahaha... 

Kali ini merupakan kali ke 5 melahirkan baby dan menurut detail scan yang dilakukan ia adalah baby girl. Pada usia kandungan 38 minggu hari itu adalah hari sabtu, sempat lagi berjalan jalan di old downtown. Tengah berjalan tu memang rasa contraction makin kuat. berhenti berjalan dan contraction pon hilang. 

Malam Ahad tu jam 3 pagi rasa contraction makin kuat dan kerap. Bila ada contraction terjaga dan boleh sambung tidur semula. Pada pukul 5.30 pagi dah masuk subuh, terus bangkit untuk ambil wuduk dan solat. Bila masuk rakaat ke 2 contraction dah makin tak tertahan. Terus habiskan solat dalam keadaan duduk. Alhamdulillah selesai solat terus ajak suami ke hospital. Sebelum pergi ke hospital sempat lagi ke toilet dan memang dah turun darah.

Pergi ke dapur buat air milo dan makan biskut serta kurma 3 biji. Masa tu memang dah 2 kali contraction dalam masa 10 minit. Allahuakbar hanya kepada Allah ku serahkan segalanya. 

Suami terus menghantar ke UUH di Unit Kecemasan. Di Unit Kecemasan seperti procedure biasa, tukar baju dan set line kemudian terus hantar ke Wad bersalin. Sampai di Wad aku di tempatkan di bilik procedure wad. Bukaan di periksa dah buka 6cm dan kena tanya kenapa datang lambat ke hospital. Sebab memang dah tau kalau pergi awal2 nanti mesti kena induce, sebab tu lah bila dah betul2 kerap contraction baru ke hospital. Pukul 7am sampai ke hospital kul 8.55am baby pun lahir. 

Baik juga sebelum proses melahirkan tu dah tanya pengalaman kawan2 yang bersalin normal di korea. Bayangkan dari bilik procedure wad pindah ke wad bersalin. Bila sampai di wad bersalin ada 2 ruangan iaitu labour room and delivery room. Masa kat labour room tu dia tunggu sampai 10cm, tanya nurse "im going to push here" ... 'no no' said the nurse. Dia tolak pulak katil ke delivery room... tanya lagi 'Im going to push here?" ... no no...Maka segala doa dibaca dan pujuk2 baby, not yet baby, sabar ye baby....  Dalam delivery room di tolak pula katil masuk ke procedure room untuk push baby. Masa tu suami tidak di benarkan masuk atas sebab2 tertentu. Hanya redha dan berserah kepada Allah. 

Bila sampai di procedure room tu, di suruhnya pulak pindah dari katil ke katil khas utk push baby, Subhanallah dah rasa kepala baby nak keluar disuruh nya pindah katil pulak.... Allahuakbar banyakkan bersabar ye..... dah tak tanya lagi dah lepas tu...., terus push baby sebab gesa nak meneran memang dah kuat sangat.

Alhamdulillah Allah mudahkan, maka lahirlah seorang bayi permpuan yang sihat... Alhamdulillah, 

Begitulah kisah bersalin di UUH Ulsan Korea. 

Anak-anak adalah amanah Allah, Ya ALLAH bantulah kami mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. aminn...

Sekian dulu. 

Wednesday, September 7, 2016

Korea oh Korea!

Salam hari Khamis, nak sambung lagi tiga perkara kenapa Korea best?

1. Air kosong, Korea ni memang senang nak jumpa water filter. Mana-mana kita pergi kat Ulsan ni lah ye, memang air filter untuk minum ni memang free. Bawa aje botol kecil untuk minum. Kalau ke Homeplus (Tesco Korea) kat bahagian "service" akan disediakan water filter tu. Kat Airport, kat Hospital, hatta kat foodcourt memang air filter ni senang nak dapat.
Mereka ini mementingkan kesihatan... air manis lepas makan... NO!

2. Jalanraya di Korea. Korea ni lefthand drive. Belah kiri pemandu kenderaan. Lampu isyarat banyak juga yang 4 lampu. 2 hijau (1 terus 1 belok), kuning, merah satu lah.  Kalau lampu hijau belok belum nyala jangan lah jalan sebab yang kereta jalan terus tengah lalu.
Lagi satu untuk jalan-jalan biasa iaitu bukan hiway yang ada tol.... tengah jalan kalau salah jalan bole buat pusingan U. Tempat-tempat yang ada tanda untuk U-turn sahaja bole buat U-Turn n biasanya di lampu isyarat. Kan senang tu kalau terlepas boleh aje U turn kat depan.

Jalan kat Korea ni banyak terowong... mereka tak tarah bukit untuk buat jalan. Mereka tebuk bukit. Hebatkan mereka ni bukan Islam tapi mereka amalkan pengajaran dari ayat Al-Quran... bahawa bukit2 adalah pasak bumi, maka mereka pelihara bukit2 ni.

3. Makanan Korea... Kimchi... i like..... orang korea ni kebanyakan nya suka makan sayur yang fresh atau di jeruk aka kimchi. Mereka makan banyak seaweed... dan macam-macam perasa. Makanan ruji adalah nasi yang melekit lekit macam pulut. Harga beras korea 5kg 18Kwon, beras import Thai pulak 10 KG 19Kwon... dekat 2kali ganda mahal beras Korea ni. Alhamdulillah Allah beri rezeki merasa masakan korea.

Kesimpulannya kita mesti lebihkan minum air kosong berbanding air manis.. sekian dulu.

Tuesday, September 6, 2016

Untung Dunia Untung Akhirat

Assalamualaikum....
Hari ini nak share perbincangan dalam Tanyalah Ustaz TV9. Tajuk : Untung Dunia Untung Akhirat.

Menurut Ustaz yang membincangkan tajuk ini, amalan yang paling senang nak dapat untung dunia dan untung akhirat ada dua iaitu
1. SEDEKAH
2. DAKWAH

Paling senang katanya adalah dengan SEDEKAH... sebab sedekah tak macam solat, kalau bacaan al-fatihah salah tak sah solat, tak macam haji kalau tersalah kena Dam.
Macamana pulak bila dah sedekah kite menyesal.....  banyakkan beristigfar....astarghfirullah.... sesungguhnya syaitan telah mengaburi hati. Begitu juga jika kite terasa bagus sgt sebab bersedekah.... beristigfar lah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat.

Ikhlaslah ketika bersedekah... kerana harta kite bukan milik kite. Jika kita mati semua harta itu akan ditinggalkan. Bersedekah untuk menambah rezeki di dunia dan mendapat keuntungan di akhirat.

Semua orang yang mengucap kalimah lailahaillAllah ada tugas untuk berdakwah... Berdakwah adalah MLM paling hebat. Berdakwah boleh melalui tingkahlaku dan berdakwah dengan lisan.

Contoh dakwah dengan tingkahlaku adalah senyum, berbudi pekerti dan berbaik dengan jiran.
Contoh dakwah dengan lisan adalah berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran.

Kesimpulannya..... Rasulullah berkata aku lihat ramai wanita yang menjadi ahli neraka maka ustaz tu kata..... perbanyakkanlah bersedekah dan beristigfar.

Ya Allah ampunilah dosaku.

Korea Oh Korea.... kenapa seronok duduk di Ulsan Korea.

 Kenapa Korea best?

Sebab utama seronok duduk di Ulsan, Korea ialah....

1. Menepati MASA.... Bas sekolah yang mengambil murid-murid HFS akan sampai di Prugio pada pukul 8.13am. Ini bermaksud sebelum 8.13am mesti telah berada di bus stop dan tepat masanya bas akan datang dan siapa yang lambat akan ditinggalkan. Lagi satu van yang mengambil anak-anak Munirah untuk teakwando akan datang pada 5.17pm. Mesti menepati MASA. Seperti janji Allah dalam Al-Quran. Allah berkata.... Demi MASA....

2. Penjagaan GIGI, adalah sunnah Nabi Muhammad SAW.
Pernah ternampak seorang ibu menggosokkan gigi anaknya di shopping mall selepas makan tengahari. Kepala anaknya diletakkan dipangku dan ibu itu gosok dengan teliti.... itu gigi susu, apatah lagi gigi kekal.

3. Menyebarkan SALAM.... Assalamualaikum adalah cara islam. Di Korea anneoghesayyo.... walaupun di taman-taman awam. Ringan sungguh mulut mereka menyebut annyeong....

4. Tempat untuk SENAMAN/Strecthing memang berada di mana-mana merata tempat. Di Gimhae Airport terdapat tempat senaman awam yang sememangnya free... di manfaat kan oleh kebanyakan pemandu teksi. Di perhentian di highway2 (mmg kecil tempat r&r mrk cuma ada tandas portable) namun tetap ada  alatan exercises untuk melonggarkan otot-otot pinggang.

5. Penampilan diri aka Make-up.. well sekurang-kurangnya foundation n lipstick tu mesti bagi kebanyakan wanita korea.... Missha, Innisfree, Nature Republic, Tony Molly, Face Shop, SkinFood dan macam-macam lagi memang mengugat keimanan ku...  Ya Allah ampunilah aku....

Wednesday, August 31, 2016

Kisah Makan-makan di tingkat 22 Prugio

Alhamdulillah.... syukur kepada Allah kerana di Ulsan ini kawan-kawan semua baik hati. Munirah jemput makan tengahari di rumahnya. Menu hari itu bertemakan masakan kampung.

Menu yang enak lagi menjilat jari
-Nasi putih
-Ikan bawal putih goreng
- Masak lemak pucuk manis dengan keledek
- Sambal udang petai
- Sambal tempoyak
- Sambal belacan dan ulam pegaga, timun

Tetamu yang hadir pada hari itu
- Mummy dan Aisyah - Jelly merah
- Kak Nor - Wadae
- Ana dan Ammar - Keria
- Nik, Dhiya dan Alif- Meehoon goreng
- Naaeimah, Amru dan fathi - Air Acai berry
- Sabrina, Amanda dan Sofea - Anggur
- Hani dan Ozil - Kitkat green tea
- Kak Faazila - Hagendaz aiskrim

Kami sampai dengan cikgu ana, kamilah tetamu terawal yang sampai. Pukul 12pm husben2 pun balik dan makan dulu. Selesai mereka makan maka kamilah pula yang makan dengan berselera sekali. Memang murah rezeki Munirah.... tabarakallah... Terima kasih kerana menjemput kami.

Sampai masa nak balik kami siap bawa bekal... alhamdulillah, pergi ke parking kereta... salah level pulak, takpe semua tu memang Allah dah susun, kereta pulak susah nak start... dup dap2. Boleh pon start dan sampailah kami ke Hyundai Foreign Compound dengan selamat.

Seronok sangat dapat jumpa kawan2 dan borak2 sakan....Sekian cerita makan2.

Tahap-tahap Nafsu

Tajuk hari ini berkaitan dengan tahap-tahap nafsu yang dipetik dari program TV al hijrah Cinta Ilmu. Menurut ustaz yang menyampaikan ceramah pada hari ini terdapat tujuh tahap nafsu. Marilah kita muhasabah diri kita tingkat nafsu yang manakah?

1. Kamilah = Tingkat nafsu yang paling tinggi dan hanya dikalangan Rasul- rasul. Manusia biasa macam kita memang tidak tergolong dalam tingkat ini.

2. Mardhiyah = Adalah khusus pada golongan wali-wali Allah. Redha Allah sentiasa bersamanya. kalau cakap memang masin mulutnya. bersifat sangat tawaduk dan cakapnya pun hanya bila perlu.

3. Rodhiyah = Terdiri daripada manusia yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Malah mereka ini terhibur dengan ujian Allah. Musibah dan ujian daripada Allah merupakan hadiah bagi mereka. Ustaz tu kata golongan ini kalau ada orang lempang dia pon redha aje dan tak marah.

4. Mutmainnah = Manusia di tahap nafsu ini adalah golongan yang tenang. Jiwanya sedikit pun tidak tergugat dengan kesenangan dan nikmat dunia. Sama ada sakit atau sihat mereka ini sentiasa tenang. Sama sahaja, pujian tidak membuatkan hatinya berbunga-bunga. Jika dikeji pun tenang sahaja.

5. Mulhamah = Tahap nafsu ini adalah nafsu yang dipimpin. Ilham untuk menjadi baik dan berbuat baik sentiasa ada. Manusia jenis nafsu ini seperti atas pagar, border line. Buat dosa namun hatinya tahu perkara tersebut tidak baik dan berdosa.

6. Lawuamah = Golongan manusia yang sentiasa mencerca dirinya sendiri. Berbuat jahat dan tidak mampu melawan nafsu jahatnya. Mengetahui berjudi itu berdosa namun kalah dengan nafsunya.

7. Ammarah = Merupakan tingkat nafsu yang paling rendah. Godaan nafsu dan syaitan yang menguasai diri. Baik dan jahat dilihat sama sahaja. Seperti rasuah adalah salah tapi dianggap betul. Inilah nafsu golongan orang munafik.

Begitulah penerangan tahap-tahap nafsu. Marilah kita audit diri kita...

Selepas program Cinta Ilmu mari kita petik pula kupasan dari program Tanyalah Ustaz. Kali ini membincangkan tentang tajuk Kaya Hati. Macammana nak dapatkan Kaya Hati

1. Ambil contoh dari Nabi-nabi
2. Bertawakal kepada Allah
3. Berbaik sangka
4. Percaya kepada qada' dan qadar Allah.

Wallahua'lam...

Sunday, August 28, 2016

Hari Pertama ke Sekolah Selepas Cuti Summer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Hari ni hari pertama Alia, Aimin dan Arif pergi ke Hyundai Foreign School selapas cuti summer selama 2 bulan. Mummy dan Aisyah tinggal di rumah dan mulalah kami buat aktiviti-aktiviti yang best. Macam masuk dalam buai dua kali tak jadi tidur, sudahnya Aisyah tidur atas carpet golek-golek. Aisyah makan pun sikit aje... makan nasi dengan oats, mungkin tak sedap tu. Mummy kena bagi peraasa.

Mummy dengar dalam Tanyalah ustaz hari ni tentang pendemaan organ. Haram hukumnya jika mendermakan organ kerana kesempitan wang... namanya pun menderma kalau dapat duit tu namanya menjual organ... kan dah tak nama menderma.  Lepas tu Mummy dengar Hadis tentang Mengawal Marah. Marah tu perlu tapi mesti bijak mengawalnya. Orang yang kuat dalam dunia ini adalah orang yang paling bijak mengawal marah. Jika kita marah dalam keadaan berdiri hendaklah kita duduk, jika masih marah berbaring dan yang paling bagus pergilah mengambil wuduk. Kerana marah itu daripada syaitan dan syitan dijadikan daripada api maka.... berwuduklah untuk mengawal marah.

Aisyah dah bangun..... sambung lagi esok...

Monday, May 23, 2016

Surah Al-Asr

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Demi masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Surah yang ke 103 di dalam Al-Quran.



Moga Allah memberi hidayah kepada kita semua untuk beramal soleh.

Ya Allah Ya Rahman Ya Raahim.... ampunkan segala dosa kami.

Jemputan Majlis Perkahwinan di Korea

Kad Jemputan daripada Ara diterima. Tarikh majlis adalah pada 21 Mei 2016 berlangsung di dewan MBC Ulsan.
Hari yang ditunggu telah tiba. Majlis bermula pada pukul 1:00 petang. Kami keluar dari rumah pun pukul satu.... memang sah lewat. Korea memang sangat mementingkan masa. pukul 1.45pm kami sampai ke dewan yang dimaksudkan. Memang lambat sangat dan majlis telah selesai.... alahai.

Rupa rupanya dalam sehari itu di dewan yang sama ada banyak majlis perkahwinan. Di dewan itu terdapat bilik-bilik kecil ala ala setting church. Setiap bilik itu hanya di khaskan untuk pasangan pengantin itu untuk sejam sahaja. Selepas sejam bilik tersebut akan disiapkan untuk pasangan yang seterusnya. Misalnya pasangan Ara adalah dari pukul satu dan dari pukul tiga petang adalah pasangan pengantin lain.  Dalam bilik itu Ara memakai gaun putih ala2 pengantin orang barat. Pengantin lelaki mengenakan suit hitam. Sesudah masjlis di dalam bilik itu mereka beredar ke ruangan untuk mengambil gambar. Kemudian ke dewan makan.

Kami perlu ada tiket untuk masuk di Dewan Makan, Alhamdulillah ada orang korea yang boleh berbahasa Inggeris tolong mendapatkan tiket dan kami boleh masuk untuk makan. Di dalam dewan makan, makanannya taraf hotel 5 bintang dan pilihannya banyak. Paling menarik ada ikan pari stim dengan sambal yang sedap. Menikmati sushi... dan makanan laut. Dessert yang dihidangkan memang banyak dan anak2ku sangat gembira sebab dapat makan rambutan dan laici. Ada aiskrim yang sudah tentu menjadi kegemaran mereka.

Moralnya... mesti menepati masa.

Kami berpeluang bertemu dengan pengantin Ara dan pasangannya semasa makan. Ketika itu Ara telah memakai hanbok yang simple dan make-up nya juga simple. Really natural beauty. Congratulations Ara.

Ara adalah office girl di pejabat tempat suami bekerja di Korea.

Wednesday, May 18, 2016

Cerita hari ini. Nasi goreng Yugane, Ulsan

Hari ni kami berlima, saya, Kak Nor, Ain, Farina dan Munirah pergi makan lunch nasi goreng di kedai korea yg bernama Yugane. Alhamdulillah makan sampai perut betul kenyang.

Kedai ni dia masak depan kami. Bahan-bahan yang digunakan simple yet sedap... kena lah dengan selera saya.
Kami memesan 3 set nasi goreng seafood, satu set mee sticky dan pajoen {pancake seafood}.
Seperti biasa ada banchan {side dishes} macam kimchi kobis, lobak putih yg dah warna kuning dan salad kobis,

Bahan-bahan yang digunakan dalam nasi goreng ialah
1. Nasi korea
2. Sambal yang ready made
3. sotong n udang
4. ttoek macam rice cake
5. lada benggala
6. king oyster mushroom
7. bawang holland
8. leek
9. butter
10. dried seeweed

semua bahan2 yang digunakan mmg fresh,

Cara2 dia buat... tumis semua bahan2 kecuali nasi, sambal n seeweed,  Bila dah masak bari masukkan 3 bahan yg tinggal tadi tu. Gaul2... siap, n makan panas2,,, nyum nyum,, mmg kena dengan selera ku. Harga untuk sekepala 4500won... murah tu,

Pancake tu 7000won... alhamdulillah Ain bayarkan. terima kasih ain...esok Ain dah nak balik Malaysia. sambung kerja lepas Luqman selamat dilahirkan,




















y

Sunday, May 15, 2016

Setelah setahun hidup merantau di Ulsan Korea Selatan. Pengalaman bersalin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama betul tak update blog ni. Setahun lamanya,,,,
Kini saya adalah ibu kepada 5 orang anak (satu simpan). Alhamdulillah 4 orang anak yang sihat. 
Dua lelaki dan dua perempuan. 

Anak yang paling kecil kini berusia 4 bulan, Nur Aisyah nama diberi. 
Aisyah dilahirkan di Ulsan University Hospital pada 3 Januari 2016 secara normal delivery. 
Pengalaman melahirkan anak di Korea memang sangat berbeza dengan bersalin di Malaysia. 
Oh... I love Malaysia. 

Masih ingat lagi tanggal 3 Januari 2016, masa tu dah 38 minggu usia kandungan. Jam 3 pagi dah mula rasa  contraction. Kejutkan suami dan dia kata tunggu sampai 3 kali contraction dalam 10 minit... tunggu punya tunggu... sampai waktu subuh terus je solat subuh... masuk rakaat ke 2 dah sakit sangat. Siap solat terus ajak suami ke hospital. Sampai ke hospital dalam pukul 7 dan jalan dah buka 5cm. 

Sampai je terus ke jabatan kecemasan,  kemudian ditolak ke procedur room di wad bersalin. Di situ lah tiba-tiba ada doktor kata hari ni tak ada Dr perempuan sebab hari Ahad. Apa lagi mulalah nak marah... tapi ingatkan nak beranak dah maka sabar jelah. Lepas tu dari prosedur room di wad saya di tolak ke dalam labour room... kat situ saya tanya ... I am going to push the baby here... nurse jawab No.... dari situ di tolak pula ke delivery room... sampai kat delivery room memang dah terus push baby. Alhamdulillah 8.56 pagi lahir lah baby girl yang sihat. 

Begitulah pengalaman bersalin di Korea. Dah buka 10cm di tolak lagi dari labour room ke delivery room... baik juga dah ada kawan yang beritahu prosedur bersalin di Korea memang begitu. Maka saya telah membuat persiapan mental n fizikal sambil pujuk baby supaya tunggu sampai staff hospital sedia utk proses kelahiran sebenar.